rap

Artis otai ziarah Zaibo

Oleh Ardini Sophia Sina

BAGI meringankan beban ditanggung pelawak, Zaibo yang disahkan menghidap kanser esofagus, Presiden Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT), Datuk DJ Dave tampil menghulurkan bantuan.

DJ Dave menziarahi Zaibo kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, hari ini bersama dua ahli Pemegang Amanah YKAT, Datuk A Rahman Hassan dan Colin Lionel Edmonds.

“Sebaik mendengar masalah kesihatan Zaibo menghidap kanser tahap empat, YKAT terpanggil untuk menghulurkan sumbangan kepadanya.

“Semoga sedikit bantuan itu akan dapat meringankan bebannya.

“Kami harap kehadiran rakan-rakan dari YKAT ini sedikit sebanyak memberikan semangat kepadanya terus melawan penyakit itu,” katanya.

Yayasan sebelum ini banyak membantu artis dalam kesusahan dan sakit, sentiasa prihatin dengan perkembangan semasa anak seni dan sentiasa sedia menghulurkan bantuan.

Turut menziarahinya adalah Datuk Nash.

Terdahulu, Zaibo atau Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, yang terkenal menerusi sitkom Spanar Jaya dan Pak Selamat dimasukkan ke hospital itu sejak 3 September lalu.

Berita berkaitan:Doakan kesembuhan Zaibo

Disiarkan pada: September 6, 2018 @ 7:20pm
d