rap

Zara Zya terima permohonan maaf

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON, Zara Zya memaklumkan sudah menerima permohonan maaf secara terbuka oleh penulis blog yang menggunakan namanya dengan unsur fitnah beberapa hari lalu.

Zara, 35, berkata, penulis itu juga sudah memadam muat naik dengan judul 'Hari kekasih kantoi leher Zara Zya penuh love bite?' itu hari ini.

"Petang tadi, saya dimaklumkan mengenai permohonan maaf itu dan muat naik yang menggunakan judul fitnah itu juga sudah dipadam," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sekiranya perkara sama berulang membabitkan penulis blog sama atau orang lain, dia akan terus mengambil tindakan.

"Kalau selepas ini, perkara sama berulang lagi, tidak kiralah sama ada oleh penulis blog sama atau orang lain, saya akan terus ambil tindakan undang-undang serta-merta," katanya.

Isu itu bermula semalam apabila Zara menerusi akaun Instagramnya menulis kenyataan tegas yang ditujukan kepada penulis blog itu.

Berita berkaitan

'[UPDATE] Ada peminat terpengaruh dengan fitnah - Zara Zya'

Disiarkan pada: February 20, 2019 @ 9:43pm
d