rap

Aliff minta fitnah terhadapnya dihentikan

Oleh Syanty Octavia Amry

BELUM pun reda isu rumah tangganya yang bergolak, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz terus dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Oktovia Manrose.

Berita itu disebarkan oleh warganet yang mendakwa terlihat kelibat mereka berdua di sebuah pasar raya terkenal baru-baru ini.

Namun begitu, Aliff menerusi Insta Story di Instagram miliknya menafikan perkara berkenaan.

“Kepada individu yang mengeluarkan fitnah di mana mendakwa nampak saya dan Oktovia di sebuah pasar raya, sila hentikan sebaran fitnah awak.

“Saya berada di Singapura sejak dua hari lalu untuk bertemu keluarga,” tulisnya.

Katanya, sebelum mana-mana pihak mengambil tindakan atas penyebaran fitnah yang tidak berasas itu, dia meminta ia segera dihentikan.

“Saya dapat tahu individu yang sebarkan fitnah ini berhijab dan sangat mengecewakan apabila lihat individu yang ingin mengeruhkan lagi keadaan dengan membuat cerita bukan-bukan.

“Bila ditanya ada gambar atau tidak, cakap tiada tak sempat ambil dan sebagainya. Hentikan fitnah ini,” tulisnya.

Akhir Februari lalu, dunia hiburan kecoh apabila isteri Aliff, Bella Astillah tampil membuat pendedahan kecurangan suaminya itu di media sosial bersama pelakon baru, Oktovia Manrose.

Pun begitu, Oktovia sudah mengakui kesilapannya dan meminta maaf kerana menjadi punca bergolaknya rumah tangga Bella dan Aliff.

Berita berkaitan

'Aliff Aziz buat hal lagi - Bella Astillah'

'Tunggu keluarga, baru komen - Aliff Aziz'

'Oktovia mengaku salah keluar dengan Aliff Aziz'

'Bella mahu bersemuka dengan Oktovia'

'Aliff dah sembilan hari tak balik - Bella'

Disiarkan pada: March 7, 2019 @ 1:39pm
d