rap

Konsert Seveenteen World Tour dibatalkan!

Oleh Georgie Joseph

KONSERT kumpulan K-Pop SEVENTEEN WORLD TOUR

Penganjur iMe Malaysia dalam satu kenyataan rasmi berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan soal kesihatan semua pihak sebagai keutamaan.

“Melihat jangkitan koronavirus yang semakin serius baru-baru ini, keselamatan dan kesihatan artis, kakitangan serta peminat adalah keutamaan kami.

“Selepas membuat banyak pertimbangan, kami sepakat dengan pengurusan artis Pledis Entertainment mengumumkan bahawa konsert yang sepatutnya berlangsung di Axiata Arena itu dibatalkan.

“Pembatalan itu dibuat sebagai mencegah daripada sebarang jangkitan koronavirus,” demikian pengumuman itu.

Penganjur juga memohon maaf kepada kelab peminat CARAT yang sudah membeli tiket dan berjanji akan memulangkan kembali wang mereka.

“Peminat yang sudah membeli tiket akan mendapat semula wang mereka sepenuhnya daripada TicketCharge. Butiran penuh mengenai pemulangan wang itu akan dimaklumkan secepat mungkin.

“Sila semak laman Facebook, Twitter, dan Instagram iMe MY untuk perkembangan lanjut. Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan dan terima kasih semua kerana memahami,” kata wakil penganjur.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 9, 2020 @ 2:04pm
    d