rap

Jenazah Ashraf dibawa ke tanah perkuburan

Oleh Agensi

JENAZAH Allahyarham Ashraf Sinclair, 41, dibawa ke tanah perkuburan di San Diego Hills, Karawang, Jawa barat kira-kira jam 2.02 petang waktu tempatan hari ini.

Jenazah pelakon itu dibawa menggunakan van jenazah dari rumah duka di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan.

Beberapa kenderaan termasuk empat bas yang dipercayai membawa ahli keluarganya turut mengiringi perjalanannya ke tanah perkuburan.

Portal berita Kompas.com melaporkan jambangan bunga di hadapan rumah berkenaan menambahkan suasana sedih ketika ini.

Terlihat banyak jambangan bunga daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan teman-teman artis.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 4.51 pagi ini waktu tempatan akibat serangan jantung.

Berita Berkaitan

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia
  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf
  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi
  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw
  • Khabar berita ketika mula tugas
  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah
  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella
  • 'Miss you guys so much'
  • Pemimpin negara ucap takziah
  • Ashraf Sinclair dikebumi di San Diego Hills
  • 'Ashraf lebih sihat daripada kami' - Doddy
  • Ashraf Sinclair seorang dermawan [METROTV]
  • Ashraf Sinclair terpaksa tolak tawaran PGL
  • Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 4:46pm
    d