rap

Ashraf Sinclair selamat dikebumikan

Oleh Najiy Jefri

JENAZAH pelakon Ashraf Sinclair selamat dikebumikan di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia jam 4.47 petang waktu tempatan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun di Hospital MMC, Jakarta, pada jam 4.51 pagi tadi akibat serangan jantung.

Pelakon dan pengacara, Sazzy Falak yang berada di sana mengesahkan perkara itu.

“Baru saja selamat dikebumikan,” kata Sazzy menerusi aplikasi WhatsApp.

Sazzy yang juga rakan baik Allahyarham tiba di Jakarta pada jam 1.14 petang.

Sementara itu, lintas langsung portal berita Kompas di YouTube memaklumkan jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan kira-kira jam jam 4.30 petang dan sudah selamat dikebumikan.

Alhamdulillah, upacara pengebumian berjalan lancar dan dapat dilihat bapa Ashraf, Mohamed Anthony John Sinclair turut sama turun ke liang lahad untuk mengiringi perjalanan terakhir anaknya,” katanya.


Berita Berkaitan

  • Jenazah Ashraf dibawa ke tanah perkuburan
  • Ashraf Sinclair meninggal dunia
  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf
  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi
  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw
  • Khabar berita ketika mula tugas
  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah
  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella
  • 'Miss you guys so much'
  • Pemimpin negara ucap takziah
  • Ashraf Sinclair dikebumi di San Diego Hills
  • 'Ashraf lebih sihat daripada kami' - Doddy
  • Ashraf Sinclair seorang dermawan [METROTV]
  • Ashraf Sinclair terpaksa tolak tawaran PGL
  • Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 6:45pm
    d