rap

Aishah tergamam, panik dan pucat - Prem Shanker

Oleh Najiy Jefri

PENYAMPAI radio dan pelakon, Aishah Sinclair menerima berita kematian abangnya, Ashraf Sinclair kira-kira 10 minit sebelum dia ke udara mengendalikan program radio Mix Breakfast di stesen radio Mix FM hari ini.

Penyampai radio Mix FM, Prem Shanker yang bergandingan dengan Aishah dalam program itu ketika dihubungi berkata, ketika itu Aishah baru saja duduk dan membuka komputer riba sebelum dihubungi ibunya memaklumkan Ashraf sudah meninggal dunia.

“Saya yang ketika itu berada di luar konti untuk mengambil minuman melihat air muka Aishah tergamam dan panik sebaik menjawab panggilan itu. Mukanya turut pucat dan begitu serius ketika itu. Dia berkali-kali cuba menenangkan ibunya dan memberitahu apa yang berlaku,” katanya.

Menurut Prem, sebaik dimaklumkan perkara itu dia segera membantu Aishah dan membawanya turun ke lobi untuk pulang.

"Selalunya dia akan memandu sendiri tapi kebetulan hari ini suaminya yang menghantar. Jadi, dia menghubungi semula suaminya dan minta mengambilnya semula di pejabat. Mujur suaminya belum tiba di rumah lagi ketika itu," katanya.

Turut bersama Aishah dan Prem mengendalikan program Mix Breakfast bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi ialah Rod Monteiro.

Aishah yang bergegas pulang kemudian mengambil penerbangan ke Jakarta bersama ibu dan bapanya. Mereka tiba di Jakarta kira-kira jam 2 petang waktu Malaysia.

Ashraf meninggal dunia pada jam 4.51 pagi hari ini di Hospital MMC, Jakarta akibat serangan jantung.

Ashraf yang juga suami kepada penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari mula mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia sejak lebih 10 tahun lalu.

Berita Berkaitan

  • Tasbih hitam sentiasa dalam genggaman
  • Ashraf Sinclair selamat dikebumikan
  • Jenazah Ashraf dibawa ke tanah perkuburan
  • Ashraf Sinclair terpaksa tolak tawaran PGL
  • Ashraf Sinclair seorang dermawan [METROTV]
  • 'Ashraf lebih sihat daripada kami' - Doddy
  • Ashraf Sinclair dikebumi di San Diego Hills
  • Pemimpin negara ucap takziah
  • 'Miss you guys so much'
  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella
  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah
  • Khabar berita ketika mula tugas
  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw
  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi
  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf
  • Ashraf Sinclair meninggal dunia
  • Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 7:10pm
    d