rap

BCL mahu 'berdampingan' dengan Ashraf

Oleh Agensi

ISTERI Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari atau BCL menempah liang lahad jenis ‘semi private’ untuk dua orang atau berpasangan kerana mahu disemadikan bersebelahan kubur suaminya.

Ketua Pegawai Eksekutif tanah perkuburan San Diego Hills, Suziani Japardy berkata, Bunga mahu ‘berdampingan’ dengan suaminya apabila dia meninggal dunia nanti.

“Itu sudah dirancang oleh BCL. Dia tidak mahu berseorangan. Pengurusnya yang menghubungi saya untuk tempahan itu,” katanya memetik laporan Detik.Hot.

Menurut Suziana, tempahan terbabit dibuat menerusi pengurus BCL, Doddy dengan harga RM79,000 (260 juta Rupiah) termasuk dekorasi.

Jenazah Ashraf selamat dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan San Diego Hills.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 4.51 pagi ini waktu tempatan akibat serangan jantung.

Berita Berkaitan

  • 'Ashraf 'ada' di sini' - Mohamed Anthony John Sinclair
  • Aishah tergamam, panik dan pucat - Prem Shanker
  • Tasbih hitam sentiasa dalam genggaman
  • Ashraf Sinclair selamat dikebumikan
  • Jenazah Ashraf dibawa ke tanah perkuburan
  • Ashraf Sinclair terpaksa tolak tawaran PGL
  • Ashraf Sinclair seorang dermawan [METROTV]
  • 'Ashraf lebih sihat daripada kami' - Doddy
  • Ashraf Sinclair dikebumi di San Diego Hills
  • Pemimpin negara ucap takziah
  • 'Miss you guys so much'
  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella
  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah
  • Khabar berita ketika mula tugas
  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw
  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi
  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf
  • Ashraf Sinclair meninggal dunia
  • Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 7:52pm
    d