rap

Siti mahu orang ramai terus patuh PKP

Oleh Sudirman Mohd Tahir

DATUK Seri Siti Nurhaliza menyeru orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Siti berkata, perkara ini penting supaya wabak Covid-19 tidak berlarutan sekali gus memudaratkan diri dan keluarga.

“Apa yang berlaku sekarang adalah ujian Allah untuk kita lebih muhasabah diri. Ia bukan berlaku pada satu negara saja, tapi hampir seluruh dunia.

“Kita semua perlu menjaga kebersihan dan kesihatan. Ada hikmah setiap apa Allah berikan dugaan pada hamba-Nya

“Saya rasa bersyukur, gunakan ruang dan peluang yang ada ini bersama keluarga dan insan tersayang dengan buat perkara baik, bermanfaat.

“Paling penting apa kerajaan minta duduk rumah dan jangan keluar saja-saja kalau tidak ada perkara penting. Tolong patuh. Ini demi kebaikan semua orang. Tak nak berlaruran dan memudaratkan diri dan kelurga kita,” katanya.

Siti yang muncul pada program #dirumahjer secara langsung di Instagram @myhmrap Harian Metro petang tadi turut mendoakan kesejahteraan barisan pasukan hadapan.

“Terima kasih kepada pasukan barisan hadapan yang banyak berkorban masa dan nyawa. Mereka juga berdepan bahaya dengan situasi ini.

“Doakan mereka diberikan kekuatan dan kesabaran. Semoga dlindungi Allah dan dilindungi dari wabak virus ini,” katanya.

Program yang mendapat lebih 36,000 tontonan itu menyaksikan Siti memperdengarkan ‘teaser’ lagu terbaharu ciptaan Omar K yang bakal dimuatkan dalam album terbaharu tidak lama lagi.

Album yang memuatkan 10 lagu itu menampilkan kerjasama Siti bersama beberapa komposer seperti Ippo Hafiz, Hafiz Hamidun, Melly Goeslow dan ramai lagi.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergeraka
  • Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 9:06pm
    d