rap

Jenazah Sandra dikebumi di Sabah

Oleh Georgie Joseph

 

Putrajaya: Jenazah penyanyi Sandra Dianne yang meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada jam 1 pagi hari ini akan dibawa pulang ke Sabah untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran.

Menurut jurucakap Sony Music Entertainment Malaysia, Veea Norman, dia mewakili pihak keluarga meminta doa semua agar segala urusan pengebumian Allahyarham dipermudahkan.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengesahkan Sandra Dianne meninggal dunia pada hari ini, 11 September 2020  pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya. 

"Jenazah akan dibawa pulang ke Sabah dan akan dikebumikan di Kg. Kauluan, Tuaran. 

"Pihak keluarga Sandra memohon untuk semua mendoakan agar segala urusan pengebumian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihaknya jika ada salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah," katanya.

Selepas koma dan kritikal akibat kemalangan Sabtu lalu, penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir, hari ini.

Berita sedih itu nyata memilukan ramai rakan selebriti lain termasuk rakan karibnya Neeta Manisha, Zizi Kirana, serta rakan seperjuangannya dalam program Big Stage 2020.

Penyanyi Hey! Kau itu dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya. 

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage.

 

Berita berkaitan

Sandra meninggal dunia

Kereta Sandra langgar tiga kereta

Ibu rayu telefon Sandra dipulangkan

'Padam foto kemalangan anak saya' -ibu Sandra

Kereta Sandra tiba-tiba brek mengejut

Sandra di ICU, dikecualikan dari Big Stage

Sandra Dianne kemalangan

Disiarkan pada: September 11, 2020 @ 8:01am
d