rap

Air mata terakhir Sandra...

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Putrajaya: "Ibu arwah cakap, sebelum disahkan meninggal, arwah menitiskan air mata," kongsi penyanyi, Zizi Kirana yang sempat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sandra Dianne di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini.

Zizi berkata, dia bergegas ke hospital selepas dimaklumkan perkara itu oleh pengurusnya yang dikenali sebagai, Bob yang berada di sana.

Menurut Zizi, dia juga dimaklumkan arwah sudah dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) pada pagi semalam sebelum dilaporkan kritikal pada jam 11 malam.

"Sehari sebelum kemalangan, Sandra ada masuk di sesi siaran langsung Instagram saya. Saya ucapkan tahniah dan beri dia kata semangat dan berjanji mahu datang memberi sokongan di Big Stage. Tapi, tidak kesampaian dan akhirnya pertemuan kami di hospital.

"Hampir setiap hari saya dikemaskini mengenai perkembangan Sandra termasuklah arwah dipindahkan ke CCU. Cuma, semalam seharian saya berasa tak sedap hati. Berkali-kali saya tanya pada Bob mengenai keadaan Sandra.

"Pada jam 11 malam tadi, Bob mesej saya yang Sandra dalam keadaan kritikal dan pada jam 1 dia sudah tiada. Kebetulan sesi rakaman saya sudah habis, jadi terus ke hospital," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zizi, dia juga berada di hospital pada hari pertama arwah dimasukkan ke unit kecemasan.

Zizi berkata, walaupun dia baru dua tahun berkawan dengan arwah selepas bekerjasama menerusi lagu Terkemuka, Zizi menyifatkan arwah seorang yang sangat baik.

"Kali pertama jumpa masa nak bekerjasama lagu Terkemuka. Dari situ kami terus berkawan. Dia seorang yang lucu dan lurus bendul. Tapi, sangat 'best' berkawan dengannya.

"Hari pertama dia dimasukkan ke hospital saya tunggu sampai tengah malam untuk pastikan dia sedar. Tapi, selepas lebih empat jam masih tak sedar, doktor terus masukkan ke ICU.

"Lebih menyedihkan, minggu depan iaitu 16 September hari jadi Sandra. Padahal saya ada cakap pada pengurus yang mana nak belikan kek dan berharap dia sedar ketika itu," katanya.

Terdahulu, Sandra yang juga bintang Big Stage musim ketiga, mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dan sebelum ditempatkan di ICU hospital itu.

Jenazah Allahyarham akan disempurna dan dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah.

Berita berkaitan

Jenazah Sandra dikebumi di Sabah

Sandra meninggal dunia

Kereta Sandra langgar tiga kereta

Ibu rayu telefon Sandra dipulangkan

'Padam foto kemalangan anak saya' -ibu Sandra

Kereta Sandra tiba-tiba brek mengejut

Sandra di ICU, dikecualikan dari Big Stage

Sandra Dianne kemalangan

Disiarkan pada: September 11, 2020 @ 1:02pm
d