rap

'Saya akan terus simpan baju itu' - Ibu Allahyarham Sandra [METROTV]

Oleh Recqueal Raimi

Tuaran: "Saya akan terus simpan baju itu," kata Nur Syakinah Abdullah, 46, ibu kepada peserta program realiti Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne, 26 yang meninggal dunia hari ini selepas terbabit kemalangan jalan raya Sabtu lalu.

Menurut Nur Syakinah, sepatutnya Sandra memakai baju panjang berwarna kelabu untuk persembahan Ahad ini.

"Saya simpan baju itu sejak tahun lalu untuk dia bawa lagu Nuri nyanyian asal Ella.

"Baju itu adalah pakaian lapis untuk jaket yang akan dipakainya pada persembahan nyanyian akan datang," katanya ketika ditemui di Kampung Kauluan di sini.

Selain itu, Nur Syakinah memberitahu arwah sedikit 'down' dengan persembahan nyanyian lepas namun sekeluarga dan rakannya tidak henti-henti memberi kata-kata semangat.

"Hari itu dia sangat yakin sebelum keluar berlatih ditemani adik sepupunya (Jessica R James Majanah, 21) yang juga pembantunya sepanjang pertandingan," katanya.

Menurutnya, sebelum ke latihan penuh Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), arwah sempat meluangkan masa bermain dengan adik tirinya.

"Setiap kali sebelum keluar rumah pun, dia akan mencium tangan saya tidak sangka itu adalah kali terakhir," jelasnya.

Nur Syakinah dalam pada itu sekali lagi merayu pihak yang mengambil atau menemui telefon milik anaknya itu supaya memulangkannya dengan segera kerana terdapat banyak gambar kenangan.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria meninggal dunia hari ini akibat kemalangan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, Sabtu lalu.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan kira-kira jam 6 petang tadi.

Berita berkaitan

'Kehilangan anak yang menyayat hati' - Ibu Allahyarham Sandra

Jenazah Sandra selamat dikebumikan dalam hujan renyai

Big Stage tiada minggu ini!

Air mata terakhir Sandra...

Jenazah Sandra dikebumi di Sabah

Sandra meninggal dunia

Kereta Sandra langgar tiga kereta

Ibu rayu telefon Sandra dipulangkan

'Padam foto kemalangan anak saya' -ibu Sandra

Kereta Sandra tiba-tiba brek mengejut

Sandra di ICU, dikecualikan dari Big Stage

Sandra Dianne kemalangan

Disiarkan pada: September 11, 2020 @ 9:03pm
d