rap

Mama rindu…

Oleh Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: Tanggal 16 September ini genaplah 26 tahun usia penyanyi, Sandra Dianne.

Namun, ia tidak kesampaian apabila penyanyi lagu Hey Kau itu disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya, semalam, selepas terbabit kemalangan pada Sabtu lalu di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tenah (ELITE) berhampiran Subang Jaya.

Ibu Allahyarham, Nur Syakinah Abdullah berkata, dia tidak dapat membayangkan kehidupan dan perasaan dilalui selepas ini.

"11 September 2020, jam 1 pagi kakak (Sandra) pergi tinggalkan mama. Menjelang hari lahir kakak, bayangkan kesedihan mama melalui semua ini tanpa kakak di sisi. Banyak yang ingin mama coretkan tentang kakak, namun jiwa mama masih diselubung rasa duka yang mendalam.

"Rindu pada suara kakak memanggil 'Ma, mana Adam? , 'Esyaaaa, sayang kakak', 'ayah mana?', 'kamu sudah makan kah?'. Dan yang paling dirindui selepas ini adalah suara kakak menyanyi di setiap penjuru rumah.

"Mama rindu. Tenang lah kakak di sana ya. Mama akan selalu doakan kakak, buat pahala untuk kakak. Insyaallah, mama yakin Allah reda pada anak mama. Allah panggil pulang pada hari Jumaat yang indah penuh berkat dengan cuaca yang nyaman dengan sedikit hujan. Mudah-mudahan kakak syahid," katanya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Nur Syakinah mengakui kehilangan anaknya adalah dugaan berat dalam hidupnya.

"Berat sungguh dugaan yang mama kena hadap hari ini kakak. Mama tak sangka mama akan bawa kakak balik dalam keadaan kaku. I'm hoping for a miracle to happened, hoping for you to survive. Tak buka mata pun takpa, asalkan kakak terus bertahan hidup.

"Bengkak dah mata mama menangis, sesak dada dan sakit yang amat menahan pedih tetap tak mengubah takdir yang anak mama dah pergi meninggalkan mama selamanya," katanya.

Nur Syakinah juga berkongsi arwah seorang anak yang baik sejak kecil lagi.

"Kakak seorang anak yang baik, sejak kecil tak pernah menyusahkan. Dari awal mengandung langsung takda tanda alahan, mengidam nak makan nasi dan apa saja nasi asalkan nasi tu dimasak sedap. Sakit melahirkan pun tak menyeksa mama lama-lama.

"16hb September 1994, sakit nak melahirkan jam 1 pagi, jam 9 pagi daftar di wad bersalin, jam 11. 30 pagi dapat katil, baru nak naik tak sempat duduk air ketuban pecah, jerit pada jururawat, kelam kabut ambil kerusi roda dan berlari masuk bilik bersalin.

"Hanya dua kali teran, kakak dah selamat lahir ke dunia dengan nama Alessandra Dianne Ampuria," katanya.

Berita berkaitan

'Anak saya tak mati katak' – Ibu Allahyarham Sandra

'Kehilangan anak yang menyayat hati' - Ibu Allahyarham Sandra

Jenazah Sandra selamat dikebumikan dalam hujan renyai

Big Stage tiada minggu ini!

Air mata terakhir Sandra...

Jenazah Sandra dikebumi di Sabah

Sandra meninggal dunia

Kereta Sandra langgar tiga kereta

Ibu rayu telefon Sandra dipulangkan

'Padam foto kemalangan anak saya' -ibu Sandra

Kereta Sandra tiba-tiba brek mengejut

Sandra di ICU, dikecualikan dari Big Stage

Sandra Dianne kemalangan

Disiarkan pada: September 12, 2020 @ 3:50pm
d