rap

PKPB: Boleh 'shooting', tapi...

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Tiada larangan untuk semua syarikat produksi melakukan aktiviti penggambaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula esok hingga 27 Oktober ini asalkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid berkata berkata, syarikat produksi perlu mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan.

"Bagaimanapun, semua syarikat produksi yang ingin menjalankan penggambaran membabitkan rentas daerah perlulah memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui permohonan atas talian bagi tujuan itu.

"Kita berharap semua syarikat produksi dapat membiasakan diri dengan amalan norma baharu dan mengelakkan sebarang aktiviti penggambaran di kawasan yang diklasifikasikan sebagai Zon Merah," katanya.

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa esok hingga 27 Oktober ini susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 13, 2020 @ 5:11pm
    d