rap

Lazada 11.11 Super Show meriah dalam PKPB

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur :Acara Lazada 11.11 Super Show yang berlangsung malam tadi tetap meriah walaupun diadakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, kerjasama bersama jenama Lazada yang masuk tahun ketiga ini menampilkan kelainan berbanding program lain seumpamanya.

"Dalam PKPB sekarang, stesen TV akan mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana keselamatan dan kesihatan individu yang terbabit diutamakan dahulu.

"Ia tidak membabitkan penonton, hanya kru produksi dan artis yang terbabit berada di lokasi serta mengikut penjarakan fizikal," katanya.

Menurutnya, kerjasama ini juga mampu menjadi penanda aras untuk membuka peluang kerjasama dengan pelbagai jenama gergasi lain.

"Selain tawaran jaminan harga yang terendah, acara tahunan ini juga dihangatkan dengan persembahan penyanyi tanah air tersohor antaranya Anuar Zain dan Yuna," katanya.

Selain Anuar dan Yuna, pentas Lazada 11.11 Super Show dihangatkan dengan persembahan hebat pelbagai artis antaranya Datuk Afdlin Shauki, Adibah Noor, Naim Daniel, Ismail Izzani, Elly Mazlein, Riena Diana, Syamel, Ernie Zakri dan ramai lagi.

Rancangan yang diacarakan Haziq Hussni dan Sean Lee ini juga disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan TV9, distrimkan di dalam aplikasi Lazada, Lazada YouTube, dan TV3 Facebook Live.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 11, 2020 @ 8:11am
    d