rap

Andi Bernadee kontak rapat pemuzik Alif Satar

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee, 29, terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah bermula hari ini.

Ia susulan pemain bass Alif & The Locos iaitu Efry Arwis disahkan terkena jangkitan Covid-19, semalam.

"Selepas menjalani ujian saringan pada Ahad lalu, keputusan ujian negatif. Jadi, saya dalam kategori atau kumpulan C. Tapi, apabila Efry menjalani ujian saringan kedua dia disahkan positif. Sedangkan ketika ujian saringan pertama pada Ahad lalu dia pun negatif.

"Saya disenaraikan sebagai kontak rapat sebab kami ada berborak dan bersemuka ketika menjalani latihan episod pertama separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) pada Khamis lalu.

"Jadi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus menghubungi saya semalam dan mengarahkan saya pulang ke rumah secara serta merta. Malah, ujian saringan kedua saya juga negatif. Sekarang, saya menunggu panggilan mereka untuk ke klinik kesihatan bagi memakai gelang 'pink'," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Andi, dia bersama pengurus dan tiga lagi pasukan turut menjalani kuarantin.

"Buat masa sekarang, semua aktiviti seni terpaksa ditunda termasuk penggambaran drama Melastik Ke Hatimu yang membabitkan saya.

"Saya nak ambil kesempatan ini untuk menasihati kepada semua agar sentiasa berhati-hati, mengutamakan kesihatan dan patuh pada prosedur operasi standard (SOP). Jika tidak ada sebarang keperluan jangan keluar rumah," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 28, 2020 @ 2:12pm
    d