rap

Jangan pulaukan pesakit Covid-19

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Penyampai radio Radin mengajak orang ramai untuk berhenti memulaukan atau berfikiran negatif terhadap pesakit Covid-19. 

Radin berkata, dia kesal apabila ada pesakit Covid-19 yang dihalau keluar dari rumah dan digelar penjenayah. 

"Orang yang dijangkiti Covid-19 bukan penjenayah. Kini, terlalu ramai masyarakat yang sudah terkesan apabila mereka disahkan positif Covid-19 sehingga ada yang dihalau keluar dari rumah. Keluarga dan kenalan terdekat pesakit Covid-19 pun terkesan apabila dipulau masyarakat. Sudah tiba masanya masyarakat membuka mata dan berhenti menjadi negatif, malah sepatutnya masyarakat beri sokongan moral kerana tiada siapa yang mahu dijangkiti wabak itu," katanya.

Menurut Radin, sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya saling memberi sokongan moral kepada pesakit Covid-19. 

"Jangan pinggirkan mereka, mereka perlu sokongan kita. Saya doakan semoga semua pesakit Covid-19 termasuk rakan artis, Alif Satar segera sembuh," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 30, 2020 @ 1:42pm
    d