rap

Cardi B mohon maaf

Oleh Agensi

Amerika Syarikat: Penyanyi rap Cardi B tampil memohon maaf selepas mengundang 37 tetamu ke rumahnya untuk makan malam sempena Hari Thanksgiving, baru-baru ini.

Rata-rata netizen mengkritik tindakan Cardi B yang didakwa melanggar prosedur kesihatan yang ditetapkan susulan penularan Covid-19.

Kemarahan netizen mula tercetus ketika Cardi B memuat naik satu hantaran di Twitter yang menjelaskan ada 12 anak kecil dan 25 orang dewasa yang datang untuk makan malam Thanksgiving.

Biarpun ada yang mengkritik, namun ada juga yang membela Cardi B dengan alasan bahawa dia sedang bertemu dan menghabiskan waktu bersama keluarganya.

Enggan membiarkan situasi yang berlaku terus menjadi panas, Cardi B membuat permohonan maaf di Twitter.

"Maaf saya tidak bermaksud untuk membuat siapa pun berasa tersinggung. Saya baru saja berkumpul dengan keluarga di rumah saya untuk kali pertama dan itu menyenangkan," tulis Cardi B.

Tambahnya, dia juga menghabiskan sejumlah wang bagi memastikan setiap individu menjalani ujian swab Covid-19 sebelum hadir ke rumahnya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 2, 2020 @ 11:53am
    d