rap

Larry King positif Covid-19

Oleh Agensi

Los Angeles: Hos terkenal Larry King, 87, dimasukkan hospital selepas disahkan positif Covid-19, hari ini.

Bekas pengacara Larry King Live itu dilaporkan perlu ditahan untuk rawatan disebabkan keadaan kesihatannya yang membimbangkan.

Selain usianya yang agak tua, King turut menghidap beberapa penyakit termasuk masalah jantung, kanser prostat dan paru-paru, serta dua jenis diabetes.

Selain kerisauan penyakit berisikonya itu, hos terbabit juga harus akur bahawa dia tidak dibenarkan menerima pelawat di hospital berkenaan.

Sekali gus, King harus melupakan seketika hasratnya untuk bertemu isterinya Shawn King, 61, dan dua anak lelaki mereka, Chance and Cannon.

Bagaimanapun, kakitangan perubatan di hospital itu berusaha membantu untuk dia berkomunikasi dengan keluarga tercinta.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 3, 2021 @ 10:14am
    d