rap

Emma Maembong, suami positif Covid-19

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon, Emma Maembong dan suami, Shazi Azhar disahkan positif Covid-19, semalam.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 29, berkata, dia tidak menunjukkan sebarang gejala. 

"Saya selesai jalani ujian swab di rumah. Saya tak ada sebarang gejala, tapi keputusan ujian saya adalah positif. 

"Jadi, walaupun rasa sihat, saja buat 'swab test' sebab kita tak tahu kalau kita ada (Covid-19) atau tak," katanya. 

Emma berkata, walaupun dia dan suami disahkan positif wabak itu, anak mereka Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan disahkan negatif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 15, 2021 @ 9:38am
    d