rap

Doa Ummi Nazeera untuk suami, petugas barisan hadapan

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon, Ummi Nazeera menerusi Instagram menitipkan doa buat petugas barisan hadapan yang bekerja keras berjuang melawan Covid-19 termasuklah suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani.

Dalam hantarannya itu juga, Ummi memetik ciapan berita Harian Metro beberapa hari lalu mengenai Dr Ali Noor Hassan yang juga petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang meninggal dunia.

"Saya nak ambil kesempatan ini untuk kita semua doakan petugas barisan hadapan kita. Saya pasti, ramai petugas barisan hadapan yang bekerja sehingga lewat malam untuk melawan Covid-19 ini termasuklah suami saya.

"Semoga Allah memberi ganjaran syurga tertinggi buat anda semua. Mulianya kerja mereka. Saya doakan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin," tulisnya.

Ciapan itu mendapat lebih 22,000 tanda suka di samping ratusan komen daripada pengikutnya di platform media sosial itu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 21, 2021 @ 4:25pm
    d