rap

Syafiq Farhain positif Covid-19

Oleh Norhayati Nordin

Kuala Lumpur: Penyanyi Syafiq Farhain, 27, berkongsi berita sedih dia disahkan positif Covid-19 menerusi keputusan ujian calitan yang dilakukan, semalam.

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim berkata, dia membuat ujian calitan itu apabila mula berasa tidak sedap badan.

"Saya membuat ujian calitan semalam, selepas rasa tak sedap badan. Kini, keputusannya positif. Jika sesiapa merasakan mereka kontak rapat saya, lebih baik pergi buat pemeriksaan. Maafkan saya kerana menyusahkan," katanya.

Terdahulu Syafiq membuat perkongsian video dia membuat ujian calitan di Instagram Story.

Selain itu, dia juga berkongsi keputusan ujian itu yang memaklumkannya positif Covid-19.

Selain aktif dalam kerjaya seni, Syafiq yang juga anak Allahyarham Saleem Iklim bekerja tetap sebagai anggota bomba dan bertugas di ibu pejabat di Putrajaya.

Syafiq popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku pada 2017 dan muncul naib juara program Big Stage musim pertama pada 2018.

Pada awal tahun lalu, Syafiq melancarkan lagu baharu berjudul Sakit Hati.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 11, 2021 @ 5:22pm
    d