rap

Raya PKP 3.0 tetap meriah...

Oleh Wartawan HM

Kuala Lumpur:Sambutan 1 Syawal yang diraikan umat Islam di seluruh negara, semalam, tetap disambut meriah biarpun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Bukan sahaja netizen, tapi juga dalam kalangan selebriti yang turut berkongsi gambar hari raya bersama keluarga masing-masing.

Antara yang menarik perhatian adalah foto keluarga besar pelakon, Norman Hakim yang turut disertai bekas isteri, Abby Abadi bersama suami dan anak angkat mereka.

Bagi ahli keluarga lelaki, mereka memakai baju Melayu sedondon berwarna merah jambu dan perempuan pula baju kurung merah jambu motif bunga.

Selain itu, kehadiran pelakon, Elisya Sanda dalam gambar keluarga penerbit dan pelakon, Sheila Rusly juga mendapat reaksi warganet.

Umum mengetahui, Elisya juga adik kepada pelakon, Fasha Sanda adalah tunang kepada anak sulung Sheila iaitu, Uzair Haqimy.

Antara selebriti lain yang berkongsi foto sambutan hari raya pertama mereka adalah Siti Sarah, Wawa Zainal, Datin Seri Umie Aida, Syatilla Melvin, Nad Zainal, Sissy Iman, Fasha Sandha dan ramai lagi.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 14, 2021 @ 5:05pm
    d