rap

Nora Danish, Tiz Zaqyah bebas Covid-19

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Nora Danish kini selesai menjalani kuarantin selepas dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Nora berkongsi video proses pemotongan gelang kuarantin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Alhamdulillah, gelang sudah digunting. Terima kasih kepada pasukan KKM yang jaga saya selama 10 hari ini. Sayang anda semua!" tulisnya.

Dalam hantaran sama, Nora turut menyeru masyarakat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepadanya.

"Jangan keluar rumah bila tak penting. Saya pun belajar daripada kesilapan lalu. Jaga diri semua dan kekal selamat," tulisnya.

Rakannya yang juga pelakon, Tiz Zaqyah turut berkongsi cerita sama dengan memaklumkan sudah selesai menjalani kuarantin semalam.

Tiz yang turut positif Covid-19 baru-baru ini berkata, sepanjang tempoh itu dia melihat ramai orang sama ada warga tua atau bayi turut dijangkiti Covid-19.

"Usia mereka ada yang setahun, 33, 45, 70. Jadi, kalau ada yang menganggap usia hanyalah sekadar angka dan hanya perkara kecil, anda salah. Kekal selamat," tulisnya.

Nora sebelum ini membuat ujian swab kerana mempunyai kontrak rapat dengan individu dalam kategori C, manakala Tiz pula membuat ujian apabila berasakan ada sesuatu yang tidak kena pada kesihatan badannya selepas mengalami batuk dan menggigil.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 19, 2021 @ 3:07pm
    d