arena

Sesi latihan Barca batal angkara Covid

Oleh Agensi

Barcelona: Gergasi La Liga, Barcelona membatalkan sesi latihan hari ini selepas dua petugas skuad utama positif Covid-19.

Skuad Ronald Koeman kini dalam persiapan menentang Athletic Bilbao di Stadium Sam Mames dalam saingan liga pada awal pagi Khamis.

Kelab Catalan itu menyampaikan situasi terbabit kepada pihak berkuasa sukan dan kesihatan selepas mendapat keputusan ujian semalam.

Kenyataan kelab berkata: "Kelab akan menjalani ujian lanjut PCR esok (hari ini) berpandukan protokol La Liga.

"Oleh itu sesi latihan yang sepatutnya berlangsung esok (hari ini) ditangguhkan.

"Jadual baru latihan dan sidang akhbar menjelang aksi menentang Bilbao akan diumumkan esok (hari ini).

Skuad Koeman berada di tangga kelima liga menjelang kunjungan ke wilayah Basque untuk menentang Athletic yang menduduki tempat kelapan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 5, 2021 @ 8:09am
    d