utama

'Allah SWT sayangkan dia'

Oleh Nabihah Kamal 

 

“Dia ada hubungi saya Selasa lalu dan beritahu akan buat latihan penerbangan di Kuantan dan minta saya doakan dia selamat. 

“Saya nasihat, supaya jaga diri. Saya kata jika terjadi apa-apa saya tidak sanggup menerima jasadnya dalam keadaan berkecai biar elok sempurna, tetapi dia hanya berdiam diri," kata Hanizah Ibrahim, 70, ibu Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, selepas majlis pengebumian anak bongsunya itu di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, hari ini. 

 Menurutnya, Allahyarham memang bercita-cita mahu menjadi juruterbang sejak kecil dan cita-citanya itu tercapai. 

 "Kami tidak pernah menghalang dia jadi juruterbang, Allah SWT sayangkan dia, kami sekeluarga reda,"katanya. 

 

Sementara itu, Mejar Shamsul Shahreen Isa, 37, yang sama-sama melapor diri dengan Allahyarham pada 1998 di TUDM berkata, dia tidak menyangka perkara itu terjadi kepada sahabatnya yang juga jurulatih juruterbang.

 "Dia mempunyai pengalaman sebagai jurulatih selama enam tahun dan sudah berkhidmat dalam TUDM selama 19 tahun.

"Sedih apabila dia yang juga seorang daripada 16 rakan yang sama laporkan diri pergi meninggalkan kami," katanya.

 Seorang lagi rakan Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Goh berkata, Mejar Yazmi seorang yang berdedikasi dalam menjalankan tugas.

"Kami mengajaknya makan tetapi dia menolak kerana ingin menyelesaikan tugasnya untuk melatih Fixer (Mejar Mohd Hasri Zahari). 

"Mesej terakhirnya adalah 'nanti jumpa', tidak sangka itu kali terakhir berhubung dengannya," katanya. 

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa pada 12.45 tengah hari, hari ini. 

Mejar Yazmi meninggalkan seorang balu, Noor Shafora Mohd Hilmi dan enam anak lelaki berusia antara 3 hingga 11 tahun.

Update nahas Hawk 108

Berita berkaitan

'Pelik Allahyarham tak suruh kemas beg'

Dah jumpa lokasi Hawk 108?

Hawk 108 baru selesai servis penyelenggaraan

Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]

Jenazah diterbangkan ke Jempol, Subang

Dibawa ke surau Pangkalan Udara Kuantan

Dibawa ke rumah waris pagi esok

Tolong hormati keluarga mangsa

Jenazah dua juruterbang tiba di HTAA

Sepatutnya pulang ke kampung Sabtu ini

Perginya mereka di bulan mulia

Jumpa payung terjun

Kronologi Hawk 1996-2006

Pesawat TUDM terputus hubungan


Disiarkan pada: June 16, 2017 @ 3:56pm
d