utama

Kenangan indah berakhir

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Jempol: “Baru sekali kami beraya bersama, tiba-tiba Allah sudah ‘memanggilnya’. Perasaan gembira menyambut lebaran tahun lalu masih dirasai.

“Kami mendirikan rumah tangga September 2015 dan menyambut lebaran bersama buat kali pertama tahun lalu. Tapi, nampaknya saya kembali bersendirian dan kenangan indah bersama sudah berakhir,” kata Asysyuhadak Ahmad, 30, isteri juruterbang pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang terbunuh dalam nahas itu, kelmarin.

Asysyuhadak berkata, dia tidak boleh menyembunyikan kesedihan kerana beraya tanpa suami di sisi namun kehadiran anak perempuan, Nur Hafiya berusia lapan bulan mengubat kerinduannya.

“Tiket penerbangan sudah dibeli dan kami bertiga sepatutnya pulang pada hari ini (semalam). Mengikut perancangan, kami akan membeli-belah dan suami membeli baju Melayu yang sudah siap untuk dibawa pulang ke kampung.

“Untuk mengelak daripada bersedih, saya tidak membawa baju raya pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui di kediaman mentuanya di FELDA Lui Muda.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Update nahas Hawk 108

Berita berkaitan

'Serpihan pesawat terbenam di kawasan paya

'Allah SWT sayangkan dia'

'Pelik Allahyarham tak suruh kemas beg'

Dah jumpa lokasi Hawk 108?

Hawk 108 baru selesai servis penyelenggaraan

Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]

Jenazah diterbangkan ke Jempol, Subang

Dibawa ke surau Pangkalan Udara Kuantan

Dibawa ke rumah waris pagi esok

Tolong hormati keluarga mangsa

Jenazah dua juruterbang tiba di HTAA

Sepatutnya pulang ke kampung Sabtu ini

Perginya mereka di bulan mulia

Jumpa payung terjun

Kronologi Hawk 1996-2006

Pesawat TUDM terputus hubungan


Disiarkan pada: June 18, 2017 @ 6:24am
d