utama

'Usah guris hati mereka'

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

KELUARGA Marziana Mahadzir, 37, dan anaknya, Muhammad Mikhail Jafrul Nizam, mohon orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan di laman sosial sehingga mengguris hati mereka.

Ahli keluarga yang enggan dikenali itu berkata ramai yang tidak tahu cerita sebenar.

Katanya, dia sedih apabila ada yang menuduh Marziana dan bekas suaminya itu bertemu di Hotel Tabung Haji kononnya untuk berbincang.

“Perkara itu tak berlaku. Pada hari kejadian Marziana sebenarnya membawa anaknya yang kurang sihat ke KMC (Kedah Medical Center).

“Namun, bekas suaminya itu ada menghantar WhatsApps tetapi dia lambat membalas kerana sedang bertemu doktor.

"Selepas selesai urusan di KMC, dia kemudian membalas WhatsApps bekas suaminya itu tetapi terkejut apabila melihat lelaki itu sudah berada di luar," katanya.

Menurutnya, bimbang dengan keselamatan diri, Marziana kemudian masuk ke dalam kereta dan terus beredar.

Bagaimanapun, katanya, Marziana dikejar lelaki itu sehingga mereka terbabit dalam kemalangan sehingga membawa kecederaan serius terhadap Muhammad Mikhail, Rabu lalu.

"Marziana sebenarnya sudah lima tahun berpisah dengan lelaki itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, hari ini.

Sementara itu, sumber-sumber memberitahu Jafrul Nizam Jaafar, 38, bekas suami Marziana kini di bawah pemantauan pihak hospital kerana dikatakan mengalami bipolar.

Berita berkaitan

'Be strong sayang..Awak kuat'

Adik Mikhail patah rusuk, cedera paru kanan

Berebut anak punya pasal...

Disiarkan pada: September 1, 2017 @ 3:19pm
d