utama

Nak kena halau punya pasal [METROTV]

Oleh Nasrawati Syarifuddin

LELAKI dipercayai membakar rumah sewanya sehingga memusnahkan 60 rumah lain di Kampung Titingan, Tawau, ditahan berhampiran lokasi kebakaran, hari ini.

Suspek berusia 47 tahun diberkas sepasukam polis kira-kira 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau,Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, suspek itu membakar rumah kediaman yang disewakan oleh tuan rumah berkenaan.

"Siasatan awal mendapati, penduduk kampung mengatakan api bermula dari rumah yang dihuni oleh suspek.

"Suspek bertindak membakar rumah sewanya kerana berang pemilik rumah berkenaan menghalau suspek akibat tidak membayar sewa," katanya ketika dihubungi.

Fadil berkata, hasil dari ujian air kencing mendapati suspek yang berusia 47 tahun positif dadah jenis methaphetamine.

"Suspek akan ditahan reman dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api," katanya.

Berita berkaitan:

Warga emas maut

Kampung Titingan berapi

Disiarkan pada: September 5, 2017 @ 11:48am
d