utama

Suspek dibawa ke lokasi kejadian [METROTV]

Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail dan Asrizal Aris

SEORANG suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan pasukan polis pada 11.50 pagi hari ini.

Suspek yang tiba dengan baju lokap, memakai penutup mulut diiringi polis dibawa ke beberapa lokasi dalam premis termasuk ke aras dua dan tiga premis.

Anggota unit forensik dilihat turut memasukkan beberapa objek dipercayai bahan bukti dalam plastik.

Kira-kira sejam kemudian suspek dibawa keluar dengan menaiki Pajero milik polis meninggalkan lokasi kejadian.

Sumber berkata, suspek dibawa ke lokasi untuk membantu pasukan forensik membuat pengimejan penuh.

Katanya, proses siasatan forensik akan diselesaikan hari ini bagi membolehkan pengimejan tiga dimensi (3D Scanning) dilakukan.

Sementara itu, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terus menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk melihat lokasi kejadian serta menyerahkan sumbangan.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

Disiarkan pada: September 21, 2017 @ 1:20pm
d