utama

Reman tujuh hari [METROTV]

Oleh Muhammad Apendy Issahak

TIGA suspek kes bunuh dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Jumaat lalu direman di Mahkamah Majistret Seri Manjung selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketiga-tiga suspek berusia 29, 37 dan 44 tahun itu yang memakai pakaian lokap warna jingga dibawa ke mahkamah menaiki kenderaan polis dan tiba pada 8.45 pagi.

Mereka kemudian memasuki Mahkamah Majistret pada 9 pagi dan keluar kira-kira 45 minit kemudian.

Majistret Nur Shaqira Ibrahim membenarkan ketiga-tiga suspek terbabit direman selama seminggu sehingga 7 Oktober ini bagi membantu siasatan yang kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Harian Metro awal pagi tadi melaporkan polis kini mengklasifikan kes kematian dua anggota TLDM, Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Bahaiqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil bedah siasat terhadap kedua-dua anggota terbabit mendapati punca kematian disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek terbabit bertugas bagi syif bertarikh 29 September dari 10 pagi hingga 10 malam ketika kejadian.

Katanya, polis juga sudah merakam percakapan lapan tahanan yang ada di lokasi kejadian selain 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas ketika kejadian.

Berita berkaitan

Anggota TLDM meninggal disiasat kes bunuh

Kecederaan dalaman juga

Tiba-tiba minta maaf

Isteri kata ada unsur jenayah

Eqiey kata nak berhenti kerja

Tunggu keputusan bedah siasat

Naluri isteri LK 1 Nik Mohd Baihaqy

Anggota TLDM maut latihan fizikal

Disiarkan pada: October 1, 2017 @ 10:49am
d