utama

Boy Iman bukan ayahanda

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: “Boy Iman tak pernah diiktiraf sebagai ayahanda Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA). Jadi, kami harap orang ramai jangan kaitkan dengan PEKIDA,” kata Pengerusi Perhubungan PEKIDA Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia, Rohaida Roslan berhubung dakwaan pelakon Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali sebagai Boy Iman menyertai pertubuhan itu.

Malah, polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman turut merampas pelbagai sijil selain watikah pelantikan Boy Iman sebagai Ayahanda di Cheras ketika serbuan dilakukan Isnin lalu.

Rohaida berkata, gelaran ayahanda yang diguna Boy Iman diterima menerusi sebuah pertubuhan dikenali sebagai Majlis Jemaah Cochrane (MJC).

“Gelaran ayahanda bukan diberi secara sebarangan dan dalam PEKIDA sendiri, hanya dua individu yang berhak memberi gelaran ini kepada seseorang iaitu Presiden PEKIDA Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) Datuk Abdul Halim Ali berkata, tindakan Boy Iman itu memang memalukan bagi individu yang mengakui berstatus ayahanda.

Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, tindakan (penipuan) pelakon itu bersifat peribadi dan bukanlah mencerminkan sifat individu berstatus ayahanda secara keseluruhannya.

Berita berkaitan

Dua lagi ditahan

'Habuk pun tiada...'

'Dia kata kontroversi sekadar fitnah'

Tolong tangkap empat lagi penipu!

Boy Iman kena tahan

Disiarkan pada: October 5, 2017 @ 10:12am
d