utama

[UPDATE] Pakaian, peralatan jadi petunjuk

Oleh Suraya Roslan

PAKAIAN dan peralatan yang ditemui bersama jenazah di yakhar glasier Gunung Damavand, Iran kelmarin menjadi petunjuk bahawa yang ditemui itu adalah Ramli Abd Majid yang hampir setahun hilang di gunung terletak di utara Iran itu.

jenazah Ramli, 46, ditemui sekumpulan pendaki ketika menuruni gunung itu pada ketinggian 4,300 meter.

Sumber berkata, jenazah itu disahkan sebagai Ramli melalui pengecaman gambar, pakaian dan peralatan dibawa sebelum hilang yang dikirimkan oleh pihak kedutaan.

Sementara itu, isteri Ramli, Roslida Ablah, 42, berkata, setakat ini pihak keluarga tidak boleh memberikan sebarang komen selagi jenazah belum disahkan.

“Pengecaman akan dilakukan oleh kakitangan Kedutaan Malaysia di sana dan pasti ada pengumuman rasmi nanti.

“Saya tidak ada sebarang maklumat berhubung perkara ini, sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan dibuat secara rasmi dijangka petang ini,” katanya.

Agensi berita Iran, IRNA, melaporkan satu mayat dipercayai rakyat Malaysia ditemui sekumpulan pendaki ketika menuruni gunung itu pada ketinggian 4,300 meter pada Jumaat lalu.

Penemuan itu mencetuskan tanda tanya sama ada itu jasad Ramli yang hilang pada November tahun lalu bersama-sama rakannya, Syed Redzuan Syed Salim Shatri ketika berada pada ketinggian 4,200 meter Gunung Damavand.

Laporan itu turut menyebut, penemuan mayat terbabit dimaklumkan kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol yang menghantar pasukan mencari.

Berita berkaitan

Mayat pendaki ditemui selepas setahun

Dua rakyat kita dikhuatiri hilang

Jumpa jasad dan objek

Syed Redzuan selamat dikebumi [METROTV]

Terus usaha cari seorang lagi pendaki

Operasi SAR ditangguhkan

Tangguh pencarian

Disiarkan pada: October 29, 2017 @ 1:22pm
d