utama

Datuk Seri dah dicekup

Oleh Mohd Hasbi Sidek

SUSPEK lelaki yang menyerang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Jumaat lalu ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang, dekat Ampang Jaya, 4 petang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, permohonan reman terhadap suspek yang bergelar Datuk Seri itu akan dilakukan esok.

"Suspek berumur 29 tahun yang bergelar Datuk Seri bersabit kes menyerang anggota RELA ditangkap 4 petang tadi di IPD Ampang.

"Permohonan reman akan dilakukan esok di Mahkamah Majistret Ampang," katanya dalam satu kenyataan.

Portal Harian Metro melaporkan polis sudah mengenalpasti Datuk Seri yang didakwa memukul tiga anggota RELA berhampiran tokong di Ampang pada pagi Jumaat lalu dan meminta suspek menyerah diri.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, lelaki berkenaan didakwa memukul tiga anggota RELA kerana tidak menunjukkan rasa hormat kepadanya hanya kerana meminta mengalihkan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang menghalang lalu lintas.

Berita berkaitan

Tahniah kerana kekal profesional

Datuk Seri, sila serah diri...

Minta alih MPV punya pasal

Disiarkan pada: October 30, 2017 @ 5:45pm
d