utama

Tiada orang kita, 235 sah terkorban

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

KEDUTAAN Besar Malaysia di Kaherah mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden serangan di Masjid Al Rawdah, malam tadi.

Masjid terletak antara Bandar Bir Al Abed dan Al Arish, Sinai Utara, Mesir.

Kementerian Luar dalam kenyataannya, menjelaskan serangan ketika Jumaat itu meragut 235 nyawa dan mencederakan 109 mangsa.

“Justeru, Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan terus memantau perkembangan insiden serangan berkenaan.

“Rakyat Malaysia yang berada di Mesir diingatkan berhati-hati dan peka terhadap keadaan keselamatan mereka,” kata kenyataan itu di Putrajaya, hari ini.

Sebarang pertanyaan atau bantuan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di +2 02 3761 0013, +2 012 0027 6388 atau menerusi emel mwcairo@kln.gov.my.

Dalam pada itu, Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Mesir serta keluarga dan mangsa yang terbabit dalam insiden serangan itu.

Berita berkaitan

155 jemaah Jumaat mati ditembak

Disiarkan pada: November 25, 2017 @ 3:34pm
d