utama

[UPDATE] Hilang ibu, hilang ayah

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

JENAZAH tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 21 Jalan Sitiawan-Teluk Intan berhampiran Kampung Kayan di Sitiawan selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Batu 9 Lekir, 4 petang tadi.

Tiga anak lelaki pasangan itu, Muhammad Daris Wafiy,10, Muhammad Daris Rayyan, 9, Muhammad Daris Amsyar,5, yang menjadi yatim piatu sekelip mata turut berada di tanah perkuburan.

Jenazah Sairulazuwan Nadzim, 37, isterinya, Azilina Abdul Aziz, 37, dan anak bongsu mereka, Muhammad Daris Iffat berusia tiga bulan dibawa ke tanah perkuburan itu kira-kira 2.30 petang.

Terdahulu, jenazah tiga beranak itu dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Seri Manjung kira-kira 12.30 tengah hari selepas selesai proses bedah siasat.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Kampung Batu 9 Lekir untuk disembahyangkan di rumah keluarga Sairulazuwan kira-kira 1.20 petang.

Dalam kejadian 4.30 pagi tadi, Toyota Wish yang dinaiki tiga beranak itu terbabas ke dalam parit sedalam 2.5 meter sebelum terbalik.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Buloh, Selangor dan baru 15 minit keluar dari rumah keluarga Sairulazuwan di Lekir.

Berita berkaitan

[UPDATE] Suapan kasih terakhir ibu

[UPDATE] Terbabas cuba elak kon

Tiga beranak terbunuh

Disiarkan pada: December 3, 2017 @ 4:29pm
d