utama

Tangisan isteri mangsa bunuh tragis

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

ISTERI kepada mangsa pembunuhan tragis di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, hadir ke lokasi kejadian bagi menyempurnakan upacara keagamaan.

Wanita dipercayai warga Vietnam berusia 20-an itu tiba di lokasi kejadian kira-kira 4.50 petang ditemani seorang lagi wanita dipercayai kakaknya.

Upacara itu dikendalikan dua sami dan berlangsung kira-kira 15 minit bertujuan supaya roh mangsa ditinggalkan dalam keadaan aman mengikut kepercayaan agama mereka.

Isteri mangsa dilihat mengalirkan air mata sepanjang upacara diadakan di lokasi kejadian.

Dia kemudian dilihat meninggalkan stesen minyak berkenaan pada 5.15 petang tergesa-gesa dipercayai kerana tidak mahu ditemubual wartawan.

Sementara itu, bercerita mengenai kejadian yang berlaku, seorang orang awam yang ditemui di lokasi kejadian berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu tentang insiden itu yang berlaku di stesen minyak yang sering dilaluinya.

"Bila anak tunjuk video, saya tengok dan terkejut kerana kejadian itu berlaku secara terbuka dan di tempat yang sering saya lalu.

"Walaupun kejadian seumpama ini baru berlaku sekali, tetapi ia cukup menakutkan. Sebagai orang awam, kita sentiasa selalu berwaspada kerana jenayah berlaku tidak kira tempat.

"Kita tidak boleh jangka orang di sekeliling kita itu baik atau jahat," kata wanita berusia 60 tahun itu.

Berita berkaitan

[UPDATE] Angkara dendam kongsi gelap

href="https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/294747/rodok-sampai-jantung">Rodok sampai jantung

Ditikam, dilanggar, digilis sampai mati [METROTV]

Disiarkan pada: December 19, 2017 @ 11:40pm
d