utama

[UPDATE] 'Beri kami ruang...'

Oleh Ramlah Zainal

“BERI kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan beri sebarang komen buat masa sekarang. Terima kasih,” kata pelakon, Datin Diana Danielle, 26, berhubung berita penahanan suaminya, Datuk Farid Kamil petang tadi.

Sementara itu, ibu kepada Diana, Norsiah Ramli berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai berita penahanan menantunya itu.

“Saya terkejut mengenai berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan rakan media.

“Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Farid Kamil ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilaporkan suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.

"Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

"Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan whatsapp 300 artis hutang ah long.

“Dia kemudian tiba-tiba menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di lokasi kejadian tanpa provokasi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berita berkaitan

Pelakon bergelar Datuk mengamuk di balai

Disiarkan pada: January 11, 2018 @ 5:06pm
d