utama

Dua beranak satu liang lahad

Oleh Omar Osman

JENAZAH dua beranak yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Timur Barat dekat Gerik pada Ahad, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rhaudatul Solihin, Amanjaya, Sungai Petani, 1.30 pagi, hari ini.

Jenazah Che Wan Teh Abdul Aziz, 54, dan anaknya Muhammad Khairul Khawrizmie Azizan,17 dikebumikan dalam satu liang lahad.

Jenazah dua beranak itu tiba di Surau Asy-Syaikirin, Bandar Perdana pada 12.25 pagi untuk solat jenazah sebelum majlis pengkebumian.

Selain ahli keluarga, turut hadir adalah penduduk Bandar Perdana.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan apabila jenazah anak beranak itu diturunkan ke dalam liang lahad.

Dalam kejadian 1 tengah hari di Kilometer 54.4 Jalan Raya Timur Barat, kereta Audi yang dinaiki Che Wan Teh bersama suami Azizan Desa, 60, serta Muhammad Khairul dan kakaknya Nurul Khairulnisa, 19, terbabit dalam kemalangan dengan Perodua Kenari dan Nissan Frontier.

Che Wan Teh dan Muhammad Khairul maut di tempat kejadian manakala Azizan parah dan Khairulnisa hanya mengalami cedera ringan.

Berita berkaitan

Pelik ibu bungkus makanan setiap hari

‘Ayah sebut Allah... Allah’

4 maut, 7 cedera dekat Tasik Banding

Disiarkan pada: February 19, 2018 @ 8:35am
d