utama

[UPDATE] Anwar tidak dibebaskan esok...

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

MESYUARAT Lembaga Pengampunan berhubung pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual 11 pagi esok sekali lagi, ditunda kepada Rabu ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata, perubahan tarikh itu adalah

makluman terkini yang diterima daripada Jabatan Perdana Menteri.

"Oleh itu sebarang program berkaitan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunda sehingga makluman lanjut dibuat.

"Sebarang kesulitan adalah dikesali," katanya menerusi kenyataan yang disebarkan kepada pihak media melalui aplikasi WhatsApp jam 6 petang tadi.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, Mesyuarat Lembaga Pengampunan itu diawalkan kepada jam 11 pagi esok dan bukannya 5 petang, hari sama.

Beliau dipetik berkata, mesyuarat akan berlangsung di Istana Negara.

Sehingga jam 7 petang ini, Nurul Izzah masih berada di pusat rehabilitasi berkenaan melawat bapanya sejak 1.13 tengah hari, manakala beberapa wakil media terus berkumpul sejak awal pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini Anwar.

Turut dilihat melawat beliau adalah Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tiba jam di 6.20 petang tadi.

Berita berkaitan

Anwar dijangka bebas tengah hari esok

Agong bersidang esok mengenai pembebasan Anwar

Disiarkan pada: May 14, 2018 @ 7:03pm
d