utama

Musa ke luar negara ikut Brunei - KPN

Oleh Fazrik Kamarudin

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dipercayai menjadikan Brunei sebagai transit sebelum keluar meninggalkan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata, Jabatan Imigresen tidak mempunyai rekod Musa meninggalkan Malaysia, namun polis percaya ahli politik terbabit keluar negara dengan cara itu.

“Kita tengah kesan beliau (Musa)... ada yang mengatakan berada di Brunei tetapi tiada lokasi yang spesifik.

“Saya juga sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa Brunei untuk membantu kita mengesan Musa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir melancarkan Op Selamat 13 sempena perayaan Aidilfitri 2018 di Kuala Lumpur, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pengguna Facebook mendakwa melihat kelibat lelaki mirip Musa di Stesen Kereta Api St Pancras International, London.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Az Eem itu turut memuat naik video berdurasi 10 saat yang kemudian turut viral.

Musa dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkaitan ugutan jenayah.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut hadir ke kediaman Musa di Kota Kinabalu, namun tidak dapat memasukinya kerana beliau tiada di rumah.

Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Berita berkaitan

href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/346825/musa-aman-fail-saman-b...">Musa Aman fail saman baharu

href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/345272/update-musa-aman-sedan...">[UPDATE] Musa Aman sedang dirawat - peguam

'Musa Aman di London? [METROTV]'

'Di mana Musa Aman?'

'SPRM hadir ke rumah Musa Aman'

'Musa Aman nafi tuduhan ugutan jenayah'

'Polis Sabah minta Musa tampil'

'Tun Juhar buat laporan polis'

'Musa saman TYT, Mohd Shafie'

Disiarkan pada: June 7, 2018 @ 12:22pm
d