utama

[UPDATE] Bekas suami isteri CEO direman juga

Oleh Sarah Zulkifli

BEKAS suami kepada isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, turut ditahan reman bagi membantu siasatan kes bunuh Nazrin.

Suspek lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Sepang, pada 1 pagi, hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak membenarkan tempoh reman tujuh hari sehingga Isnin ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek.

Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya Jun, lalu.

Sebelum ini, bekas isterinya pernah menuduh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat dakwaan tidak benar mengenai kes kematian mengejut Nazrin yang kemudian diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Sementara itu, pihak JBPM berkata, keputusan yang diumumkan adalah berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan.

Pada 3 Ogos lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengklasifikasikan kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh.

Media melaporkan telefon bimbit yang diletak sama ada di atas katil atau sisi katil meletup semasa dicas mungkin menjadi punca kebakaran di bilik tidur yang mengorbankan Nazrin.

Berita berkaitan:

Isteri CEO ditahan reman

Isteri CEO Cradle Fund bidas JBPM

CEO Cradle Fund dibunuh...?

Bomba ambil telefon bimbit mangsa

'Telefon meletup masa dicas..'

Disiarkan pada: September 4, 2018 @ 3:22pm
d