utama

Perosak makanan direman empat hari

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

TIGA lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan kes khianat bungkusan makanan dan minuman di kedai serbaneka di sebuah pasar raya di Nilai, malam kelmarin.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Nurharyatie Mohd Saini, pagi ini.

Ketiga-tiga suspek berusia 18 dan 20 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban jam 11.30 pagi dikawal oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, suspek sebelum itu ditahan polis, jam 3.45 petang semalam.

“Mahkamah membenarkan suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 25 Jun ini bagi membolehkan siasatan dilakukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Penahanan terhadap ketiga-tiga lelaki itu dibuat selepas polis menerima laporan yang dibuat pengurus kedai serbaneka, pada jam 11 malam kelmarin.

Difahamkan, kejadian disedari selepas dia melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya susulan video yang tular.

Suspek dikatakan merakam video perbuatan itu di Instagram Story sebelum tular di media sosial.

Berita berkaitan

[UPDATE] Nak 'IG Famous' sangat kan..

Polis dah cari...

Disiarkan pada: June 22, 2019 @ 12:30pm
d