utama

Sah rangka Muhammad Aiman

Oleh BERNAMA

RANGKA yang ditemukan dalam tangki air di Felda Palong 12 di Jempol pada 25 Mac lalu disahkan milik penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub, Pahang, Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 22.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim dalam kenyataan hari ini berkata ia berdasarkan ujian asid deosiribonukleik (DNA) yang dilakukan terhadap rangka berkenaan.

“Keputusan ini sudah dimaklumkan kepada keluarga mangsa. Ujian DNA memerlukan masa berikutan rangka yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna selain dipercayai sudah berada lama dalam tangki air,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pada 25 Mac lalu, rangka manusia ditemukan terapung dalam tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di Felda Palong 12 di Jempol, pada 11.30 pagi.

Muhammad Aiman Hakim adalah penuntut tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Raub yang dilaporkan hilang pada 9 Julai tahun lalu.

Berita berkaitan

[UPDATE] Polis jumpa tengkorak, cebisan daging

'Jika betul dia, semoga rohnya tenteram'

Polis jumpa motosikal Muhammad Aiman

Harus jika terminum 'air mayat' - Mufti

Disiarkan pada: July 3, 2019 @ 8:36am
d