utama

Bedah siasat Nora Anne belum selesai

Oleh Raja Noraina Raja Rahim & Hasbi Sidek

SEHINGGA 8.30 malam ini, polis memaklumkan keputusan bedah siasat Nora Anne Quoirin belum diperoleh dan proses bedah siasat masih berjalan.

Timbalan Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, bedah siasat bermula 11.45 pagi tadi.

“Sehingga kini proses bedah siasat belum selesai. Punca kematian belum diperoleh.

“Saya tidak dapat memastikan bila ia akan selesai. Sidang media akan diadakan esok,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik (JPF) Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJ), malam ini.

Beliau berkata, bedah siasat dikendalikan seorang pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), seorang pakar patologi HTJ dan dua pakar kimia DNA forensik dari Jabatan Kimia.

Terdahulu Che Zakaria dilaporkan berkata, proses itu mengambil masa yang panjang kerana perlu melengkapkan laporan.

  • Lagi berita berkaitan Nora Anne Quoirin
  • Disiarkan pada: August 14, 2019 @ 8:45pm
    d