utama

Exco Perak didakwa esok

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

EXCO Perak yang disiasat berkaitan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, individu itu akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Beliau mengesahkan perkembangan kes itu dalam satu kenyataan ringkas di Kuala Lumpur hari ini.

Mengikut Seksyen 376 KK, sabit kesalahan boleh boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat.

Pada 9 Julai lalu, media melaporkan seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol majikannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sebuah rumah di Meru, Jelapang.

Berita berkaitan

Laporan kimia kes rogol sudah ada - Polis

EXCO Perak ditahan untuk siasatan

'Tuduhan berunsur fitnah'

Pembantu rumah ditempatkan di tempat selamat

Exco Perak disyaki rogol pembantu rumah

Disiarkan pada: August 22, 2019 @ 8:18pm
d