utama

Polis terima satu laporan hina Agong, Permaisuri

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

POLIS terima satu laporan polis berkaitan kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan kes itu dibuka mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

“Siasatan kes itu dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 Bukit Aman,” katanya ketika hubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Tunku Azizah menutup akaun Twitter milik baginda, @cheminahsayang gara-gara komen kurang sopan segelintir netizen.

Penutupan akaun Twitter rasmi baginda itu disedari sejak semalam dan menjadi perdebatan hangat serta ‘trending’ di media sosial.

Berita berkaitan

Kementerian akan keluar kenyataan rasmi [METROTV]

Tuanku... kembalilah

Akaun ditutup, netizen sedih

Disiarkan pada: September 12, 2019 @ 10:48pm
d