utama

Doktor korban koronavirus

Oleh Agensi

Beijing: Seorang doktor di hospital di wilayah Hubei, China disahkan maut dipercayai akibat jangkitan wabak koronavirus.

Reuters melaporkan bahawa mangsa, Liang Wudong berusia 62 tahun adalah antara kakitangan barisan hadapan bagi merawat pesakit wabak berkenaan.

Terdahulu, AFP melaporkan angka kematian akibat wabak koronavirus kini meningkat kepada 41 orang, dengan hampir 1,300 kes jangkitan.

Pihak berkuasa berkata 15 kematian di Wuhan, bandar dengan populasi 11 juta di mana wabak itu pertama kali dikesan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 25, 2020 @ 10:28am
    d