utama

Tiga kes koronavirus di Malaysia

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

TIGA daripada lapan warga China yang dikuarantin di Johor Bahru, Johor disahkan positif bagi koronavirus, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Mereka adalah ahli keluarga rapat kepada seorang lelaki yang berusia 66 tahun dari Wuhan, China yang didapati positif bagi virus itu di Singapura.

“Tiga yang terbabit adalah seorang wanita berusia 65 tahun, yang juga isteri pesakit di Singapura itu, dan dua cucu lelakinya.

“Mereka kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, pengesahan bagi semua kes berkenaan diperoleh dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh, lewat malam tadi.

Mengulas lanjut, katanya, kesemua mereka ini dilaporkan menaiki pesawat dari Guangzhou ke Singapura, pada 20 Januari lalu.

Katanya, seorang lelaki berumur 66 tahun bersama anak lelakinya didapati positif gejala berkenaan dan dimasukkan di hospital di Singapura pada 22 Januari lalu.

“Sementara menunggu ujian makmal berkenaan belum disahkan, ahli keluarga yang lain bertindak meneruskan perjalanan percutian mereka dengan memasuki Johor Bharu keesokan harinya iaitu pada 23 Januari lalu,” katanya.

Sementara itu, seorang rakyat Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke China kini diasingkan di Hospital Kuala Lumpur kerana disyaki dijangkiti virus berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 25, 2020 @ 11:47am
    d