utama

Koronavirus: Kematian pertama di luar China

Oleh Agensi

MANILA: Filipina melaporkan kematian pertama koronavirus baharu di luar China, membabitkan seorang lelaki.

Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia Filipina Rabindra Abeyasinghe berkata, lelaki berkenaan dari daerah Wuhan, iaitu lokasi pertama virus itu dikesan.

“Ini adalah kes kematian pertama yang dilaporkan di luar China,” katanya menurut laporan AFP.

Sementara CNN Filipina melaporkan Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) mengumumkan seorang lelaki berusia 44 tahun, menjadi korban pertama koronavirus di luar China.

Setiausaha DOH Francisco Duque III berkata, lelaki itu dimasukkan ke Hospital San Lazaro, Manila pada 25 Januari, dan dia adalah rakan kes pertama koronavirus di negara itu.

“Sejak dimasukkan ke hospital, pesakit mengalami radang paru-paru yang teruk. Beberapa hari lalu pesakit stabil dan menunjukkan pemulihan.

“Bagaimanapun, keadaan pesakit merosot dalam tempoh 24 jam lalu, sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Katanya, DOH sedang bekerjasama dengan kedutaan China dan mayat akan disemadikan.

Walaupun ini kematian pertama di luar China, namun WHO memaklumkan ia bukan kes tempatan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 2, 2020 @ 11:47am
    d